Monday, November 15, 2010

jiKa tErsiLap LangKaH..

Firman Allah Taala dalam surah Az-Zumar  ayat 53 maksudnyer:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Menurut buku Tafsir Al-Azhar karangan Prof. DR. H. AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (HAMKA) :

 Ayat ini kita tahu bagaimana luasnya Rahmat Allah sehingga bagaimana pun besarnya dosa dan maksiat kita lakukan, dia adalah laksana pasir saja yang habis dihembus oleh maghfirah Tuhan.

 Ayat ini adalah panggilan buat pulang kepada hamba-Nya telah terlunta-lunta dalam perjalanan yang sudah kehilangan arah di dunia ini, dan tak tahu lagi entah akan di mana sampingnya. Sudah tersesat di dalam rimba belukar semak. Tambah lama tambah kelam, sehingga tidak tahu lagi jalan mana yang akan di tempuh, sampai runut jalan pun telah hapus.

 Tiba-tiba kedengaran bunyi panggilan, yaitu panggilan yang bersiri harapan, cita-cita dan kembalinya kepercayaan kepada diri sendiri kerana terasa kembali kasih Allah dan ampun-Nya. Inilah kasih yang tidak terbatas dari Tuhan kepada hamba-Nya. Kerana sebelum langkah itu terlanjur, Tuhan pun telah tahu akan kelemahan hamba-Nya.

 Tuhan melihat betapa payah hamba-Nya menghadapi perjuangan ini sejak Nabi Adam dan Hawa memijak kaki di atas bumi. Di setiap simpang jalan Iblis berdiri. Di tiap-tiap liku lekok Iblis merayu. Kadang-kadang musuh besar itu menyerang menyerbu dengan tenteranya yang berkuda kencang dan kadang-kadang dengan tentera berjalan kaki. Dan kerjayanya (Iblis) itu sungguh-sungguh tidak mau berhenti sebelum musuhnya jatuh. Dan dia (Iblis) pun tahu di mana rahsia kelemahan-kelemahan si manusia ini yang mempunyai dua syahwat untuk penjaga hidupnya, yaitu syahwat perutnya untuk makan dan syahwat farajnya untuk mengekalkan keturunan. Kalau dia (manusia) tidak mempunyai keseimbangan hidup lagi, kedua syahwat itu akan menjatuhkan martabat insani yang ada padanya ke bawah derajat haiwani.

 Lantaran Itulah maka Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penyantun tidak membiarkan manusia itu berjalan terlunta-lunta sendirian. Sebab itu maka mereka diberi berbagai alat untuk keselamatan hidup, antaranya :

  1. Diberi Akal.
  2. Alat petunjuk agama yang dibawakan Nabi-nabi dan para Rasul-Nya.

 Dan Allah mengenal, sangat mengenal kelemahan itu. Sebab itu jika mereka tersungkur jatuh, masihlah Allah memberi kesempatan kepadanya buat tegak kembali. Kalau dia tersesat, mari diberi kesempatan kembali ke pangkal jalan. Jika dia terlangkah keluar garis, masih diberi kesempatan buat kembali.Jika mereka terlanjur, masih terbuka jalan taubat.

Dari Tafsir Fi Zhilal Quran jilid 19 karangan Sayyid Quthb :

 Ayat ini menyeru mereka kepada harapan, cita-cita, dan kepercayaan akan ampunan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Dia mengetahui kelemahan dan kepapaan diri mereka. Dia Megetahui faktor-faktor internal dan eksternal yang mengusai diri mereka. Dia mengetahui bahwa setanlah yang mengintip mereka di setiap kesempatan dan menghadang di setiap jalan, lalu menyeretnya dengan berkuda dan berlari. Sungguh setan itu bekerja serius dan praktik busuknya.

 Allah mengetahui bahwa sosok makhluk manusia ini merupakan bangunan yang rentan. Manusia itu miskin dan cepat terjatuh jika tali yang mengikat tangannya dilepaskan. Aneka fungsi, minat dan syahwat yang terhampar di dunia cepat sekali memalingkan manusia dari keseimbangan. Sehingga, dia terantuk di sana-sini, lalu terjerumus ke dalam kemaksiatan. Manusia itu lemah dalam memlihara keseimbangan yang baik.

 Allah mengetahui hal ehwal setiap makhluk, maka Dia mengulurkan bantuan, melapangkan rahmat baginya, dan Dia tidak menyiksa kerana kemaksiatannya sebelum Dia menyediakan segala sarana untuknya gunakan bagi memperbaiki kekeliruannya dan menegakkan langkahnya di atas jalur. Pada saat manusia berputus asa dan patah arang, dia mendengar seruan kasih sayang dan sapaan kelembutan, "Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (az-Zumar:53)..

 Oleh itu..pada hamba Allah yang bergelar Insan..kembalilah kita pada jalan yang Allah telah sediakan kepada kite..Rahmat-Nya terbuka luas untuk sesiapa pun yang berusaha mencarinya..

Saturday, November 13, 2010

kUNci rUmah Ku..

tanggal tarikh 12/11/2010..

telah trjadi nyer rompakan d rumah ku oleh sseorg insan yg blek lmbt tp salah kunci yg d bwk nyer..hahahahaha....

d pk kn mla2 mmg agk kelakar..nk kene pecah msok umah sndiri..jiran depan dh pndg pelik tgk sikap ku yg cm owg xbtol..ustz jelani pn dh pelik tgk tndkan ku yg mcm sowg perompak yg nk msok umah owg..nie la akibat nyer slh bwk kunci..agk kebengong gk la..snggup cari kayu pnjg,,tok amik kunci,,kalu xwt cm 2..mmg agk kne tdo ngn nyamuk la mlm 2..

agk sejam la nk dpt amk kunci 2..cm nk patah pn ad kayu 2..tw2 jela..kayu buluh tmpt pnyidai baju..nk alih kn beg laptop yg ad gk la berat nyer 5kg..kalu polis lalu time 2..dh lame kne tido jail mlm 2 sbb kn kunci je..ap ke bodoh nyer la..

skng nie kunci yg btol dh jd milik ku sejak kjadian 2..tol2 memory paling kelakar kot..haha..kne pecah msok umah sndiri..

Thursday, November 11, 2010

JJB best d hdyah...haha

Assalamualaikum..

syukur ana panjatkan pada ilahi..prog JJB tok anak2 sekolah islam hidayah dh lepas..bkn main gementar nk ckp dpn dowg..bru firstime ckp dpn dowg..selame nie ngn owg luar je kot..tp, ana beranikn diri gak..kalu x..malu ana..

ana tol2 timekasih pd naqib ana yg telah cop ana awal2..yg trbek..tp, kecian pd dy..demam yg teruk..smpykn time prog ngh jalan..dy tdo..xpe2..d maafkn..

yg xley bla nyer..td..ad k pak uteh pakse bdk2 form 3&4 ckp perkataan sex..pas2, ad gk sowg fasi nk menyampok ckp sex..kuat lak 2..kalu slow xpe gk..nsb bek dowg xdgr..kalu x, mmg malu ana d buat nyer..dh la time itu slot ana..tp xpe..d maaf kn...